Booth Pameran Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas

21 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Oktober 2019, bertempat di SMK Jementah, telah berlangsung Program Sepakat@Komuniti Jabatan Penerangan Negeri Johor Bersama YB Tuan Sr Dzulkefly Bin Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Johor. Program ini adalah anjuran Jabatan Penerangan Negeri Johor dan Segamat dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan, swasta, SMK Jementah serta Komuniti Harapan Malaysia Bt 12 Jementah.

Turut mengiringi YB Sr Dzulkefly ialah YB Tuan Tan Chen Choon, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar Dan Alam Sekitar Negeri Johor merangkap ADUN Jementah; Pengarah Penerangan Negeri Johor, YBhg En Zainudin Bin Ismail, Ahli Parlimen Sekijang, YB Hjh Natrah Binti Ismail, ADUN Kemelah, YB Dr Sulaiman Bin Md Nor; ADUN Serom, YB Ir. Dr Faizul Amri Bin Adnan dan Pengetua SMK Jementah, YBrs Puan Zabedah Binti Abdul Rashid,En Nor Sofian bin Abdul Manan, Pegawai Penerangan Daerah Segamat; En. Khairi Aizuddin bin Zainuddin, Pengerusi Komuniti Harapan Malaysia Bt 12 Jementah dan En.Abd Rahman bin Abdullah, Setiausaha Komuniti Harapan Malaysia Bt 12 Jementah.

Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas telah diberi kepercayaan untuk menjadi sebagai penggerak media dan publisiti untuk program ini dan juga turut diberi peluang untuk membuka booth pameran pada hari program ini diadakan.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang pameran tersebut adalah pendaftaran ahli dan kelas percuma, edaran risalah Klik Dengan Bijak, edaran risalah eKelas, edaran risalah MyTV, dan permainan teka silang kata ICT. Di akhir program, YB Sr Dzulkefly turut melawat pameran yang diadakan oleh agensi kerajaan dan swasta dan turut melawat booth pameran Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas serta berkongsi pandangan beliau tentang kepentingan internet dalam pembangunan komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali